Saturday, July 31, 2010

ALAT MUZIK MELAYU

KOMPANG

Kompang adalah alat muzik yang paling popular di masyarakat melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Biasanya, kulit kompang dibuat dari kulit kambing.

Cara memalukan kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang selalu dimain di perarakan, kenduri dan upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan.

GENDANG

Gendang adalah alat muzik yang dibuat dari kulit binatang seperti kerbau, kambing dan lembu. Ia merupakan salah satu alat muzik yang di dalam kumpulan gederang.

Gendang boleh didapati di dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan bagi persilatan bagi orang melayu atau menyambut perayaan.

No comments: